Sunday, March 13, 2011

Endless Story.

Assalamualaikum


BARU

Aku Amanina, baru 3 hari berada di rumah.
Aku Amanina, baru makan 2 masakan enak mak aku.
Aku Amanina, baru dapat tahu macam-macam cerita yang terjadi.


TERLEPAS

Aku Amanina, terlepas gathering dengan kawan-kawan semalam.
Aku Amanina, terlepas pameran kerjaya Jumaat lalu.
Aku Amanina, terlepas dari segala peraturan harian.


MASIH

Aku Amanina, masih banyak kerja yang menanti.
Aku Amanina, masih banyak yang mahu diceritakan kepada umi.
Aku Amanina, masih cuba menyesuaikan diri di tempat yang baru.


RINDU

Aku Amanina, rindu kenangan kita dahulu.
Aku Amanina, rindu guru-guru yang mengajar dahulu.
Aku Amanina, rindu segala-galanya yang aku ada dulu.


Aku Amanina

Jumaat aku balik. Dengan harapan aktiviti cuti sekolah telah tersusun atur. Sabtu aku bangun dari tidur, angah dah pergi kem. Aku dah kurang seorang kawan bercerita. Ahad aku bangun pagi, kak cik pulak pergi ceramah motivasi di UPM. Hilang 2 kawan bercerita. Petang Ahad aku selesai makan, angah balik. Tapi sayang, tengah bermain komputer, dia tertidur. Masih kurang 2 orang kawan bercerita.

Aku Amanina

Pagi Jumaat lalu, aku tiada suara. Bercakap menggunakan bahasa isyarat. Boleh challenge? Masuk dewan periksa, batuk pulak datang. Berganti-ganti dengan pelajar lain. Irdina cakap, budak-budak macam sengaja batuk. Amal back-up, setiap seorang yang batuk akan mengeluarkan carbon dioxide dan akan disedut pulak oleh orang lain.

Aku Amanina

Pagi tadi aku bangun. Ah! Selesema pulak. Aku tak henti-henti bersin. Esok Medical Check-Up. Esok juga buat IC baru. WHAT?! IC baru? Awesome man. Jadi, sila jealous.

Aku Amanina

Sekarang dah pukul 7.00 malam. Aku nak blah dulu.


Assalamualaikum

No comments: