Aku sedang melayan lagu-lagu yang menshufflekan diri mereka. Banyak lagu dari Glee. Apa itu glee? Aku pun tidak tahu. Perlu rujuk kamus.
Homework(s) untuk dihantar pada hari Ahad sudah siap. Tinggal nota Biology dan Sejarah perlu disiapkan. Baju tak bergosok lagi. Esok nak keluar dengan family. Buka facebook baru teringat agama ada surah perlu dihafal. Aku malas. Aku malas. Mood nak buat homework(s) macham dah terhenti selepas kerja untuk hari Ahad dah siap.
Tadi masa tengah borak dengan Aina, terjumpa pamphlet KFC. Aku terliur. Harapan untuk makan KFC semasa cuti sekolah hanya tinggal harapan. Terasa menyesal tak ikut kawan-kawan keluar tempoh hari.

Buka blog Kemah. Ada entri dengan gambar Secret Recipe. Terliur lagi. Teringat rancangan di TV3 petang tadi. Penyiaran cara-cara membuat Kek Lapis Sarawak. Ah, nafsu nak makan membuak-buak tapi tak satu yang aku dapat. Tsk Tsk. Peh-lis. Sambadi.
Oh well. Sekarang aku ada minat yang baru. Minat yang terpaksa dikumpulkan duit dahulu untuk membeli barang tersebut. Hasrat tergendala.



Instax camera yu know. Perlu kumpul duit dari sekarang. See the price! See the price! Gua kena puasa dari makan eskrem tiap-tiap hari lepas waktu sekolah. Time rehat tak payah beli makanan dekat kantin. Bawak biskut makan. Dua minggu sekali mintak umi belikan stok makanan. Huahua. Kena start aktiviti diet dah ni.
Need. To. Iron. The. Clothes. Now. k. thanks. bye
No comments:
Post a Comment