Semalam aku rasa sekejap sangat masa berlalu.
Bagaimana aku semasa form 1 yang bertudung bulat, yang masih hingusan, pertama kali melangkah masuk sebagai pelajar Yaacob. Aku tak bangga. Sebab bagi aku. Yaacob bukanlah sekolah yang ada nama. Yaacob bukanlah sekolah kluster waima SBT (sekolah berprestasi tinggi). Aku teruskan jugak hidup sebagai pelajar Yaacob sebab sekurang-kurangnya Yaacob ada kelas kawalan.
Ternyata aku silap. Di Yaacob, aku dapat ramai kawan. Di Yaacob, aku dapat ramai cikgu yang suapkan aku. Di Yaacob, aku dapat banyak sources untuk mencari makanan *wajib.


Aku masih ingat bagaimana bencinya aku mendengar perkataan FELDA itu sewaktu Cikgu Salmah umumkan kedatangan kalian. Aku benci. Aku rasa nak maki orang. Aku rasa APA-INI? Setiap saat waktu itu aku asyik fikirkan HOW-AM-I-GOING-TO-EXPEL-FELDA'S-FROM-OUR-SCHOOL?! Semuanya gara-gara desas-desus kemungkinan besar ada pelajar kelas kitaorang yang akan turun kelas. Frankly speaking, aku takut akulah one of them. Sebab markah aku masa final exam form 2 teruk sangat.
Tapi aku sangat dumb kerana buat first perception. Alhamdulillah, aku tak diturunkan kelas. Aku dumb sangat buat first perception tanpa mengenali kaorang dahulu.

Source : Myra
Sekarang, aku rasa bersyukur sebab aku diberi peluang untuk mengenali kaorang. Even though, we are given less than 2 years to know each others. Aku terkilan. Sebab kita cuma berpeluang dalam masa kurang dari dua tahun.
Aku suka dengar kaorang bercerita tentang life di asrama. Macamana orientation. Macamana bila first masuk kena dengan senior. Macamana kaorang sorokkan gadget gadget kaorang. Macamana kena sport check barang-barang dengan warden. Aku suka sangat.
Tapi. Lepas ini, aku tak akan dapat dengar lagi kaorang bercerita. Aku akan rasa sendiri pengalaman itu. Aku nak dengar lagu macam yang kaorang buat time kelas prep. Dan aku nak bercinta dengan budak asrama *okey, DITOLAK. Selepas ini aku akan dapat merasa semua yang aku dengar dari kaorang sebelum ini. Terima kasih untuk cerita-cerita itu.
Dan aku bakal rindukan masa kita.....

sama-sama terkejut tengok Low Zu Hua botak sebab masuk MTD
gembira sebab menang sempena promosi terbaik jualan Hari Koko

budget jadi model dengan harapan ada majalah nak photoshoot kan kita

buat muka malu padahal nak bergambar
Dah cukup. Aku bakal rindukan kaorang.