Wednesday, December 7, 2011

Semalam dan Hari Ini.

Assalamualaikum

Semalam, aku dapat panggilan bangun dari umi. Katanya, cita-cita aku tinggi melangit tapi usahanya tiada. Katanya lagi, aku banyak berangan. Apakah yang aku angankan?

Semalam, benar. Aku terima panggilan bangun dari umi. Benar, Cita-cita aku tinggi melangit tapi usahaku kurang bukan tiada. Benar, aku banyak berangan. Tapi, apa yang sebenarnya aku angankan?

Semalam, aku rasa seperti mahu menjatuhkan air mata air. Tetapi tidak. Sebab aku tahu, bukan itu jalan yang terbaik. Sebab aku tahu, umi juga tahu, biasanya aku hanya berubah sebentar. Nanti aku jadi lagi. Nanti aku tetap dengan komputer di depan mata. Tidak perlu nanti nanti, sekarang pun sudah ya.

Jadi pagi ini, aku buat keputusan. Aku tetapkan kata hati. Aku kuatkan kata hati. Aku simpan kata-kata umi dalam kepala. Buat pembakar semangat. Buat aku sedar, aku bukan honeymoon lagi.

Jadi pagi ini, aku tinggalkan Muka Buku. Aku tinggalkan sebentar dunia IT. Dengan harapan, aku mahu membahagiakan umi dan abah. Aku mahu membahagiakan Tok, Mak Tok dan Abahwan. Dan aku mahu membahagiakan keluargaku.

Biar bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.

Jadi pagi ini juga, aku tinggalkan pesan. Buat teman-teman yang mungkin sedang membaca di halaman aku yang tak seberapa ini. Selamat Tinggal Sementara aku ucapkan. Ada umur panjang kita ketemu lagi. Inshaallah, ada umur panjang. Aku kemas kinikan blog selepas tamatnya SPM. Inshaallah.

Doakan aku ya.

Assalamualaikum

No comments: