Assalamu'alaikum
Ini kisah enam tahun lepas
Yang entah macamana aku boleh ingat
Haritu aku nampak
Macam orang yang sama
Tapi itu sebulan yang lepas
Hari ini aku nampak lagi
Waktu aku sedang memerhati gelagat manusia-manusia
Yang berjalan
Yang bergegas menuju ke suatu tempat
Yang menyorong kerusi roda
Yang pelbagai ragam
Earphone masih di telinga
Playing For Pizza-John Grisham masih di tangan
Abah punya
Dah tadak buku nak baca
Pandang depan balik
Kelibat seorang manusia
Dengan long white coat
Bergegas ke arus kiri
Memang mencuri tumpuan
Ada perubahan
Ingatkan aku kembali kepada enam tahun yang lepas
Macamana lah boleh ingat enam tahun lepas? Yang dah lama gila tula yang ingat. Yang few days back ni bukan nak ingat sangat. Dan kalaulah namanya Amanina, memang semua benda nak diexplore. Habis semua diselongkar. Tahniah, memang ya. Orang yang sama. The 6 years back, a month ago and today punya person ialah orang yang sama. Kau berjaya menyelongkar segala-galanya.
No comments:
Post a Comment