Tuesday, December 14, 2010

Saya sayang keluarga saya #1 ; Emak dan Aku

Assalamualaikum,

Apa khabar emak korang di rumah/office/kampung? Emak aku sihat di office beliau. Hari ini aku menggantikan tempat emak aku memasak untuk adik-adik. And demit, termasin sedikit. Aku tak faham kenapa. Aku cuma masukkan sos cili sedikit, sos tomato sedikit, sos tiram sedikit, dan obviously kicap mestilah sebanyak sebab menu hari ini ialah Ayam Masak Kicap. Tapi akhirnya aku terpaksa mengalah. I tak mampu nak lawan beloved mother.

Kita tutup cerita Ayam Masak Kicap aku hari ini. So, apa korang panggil emak korang? Macam aku, aku panggil emak aku umi. Emak aku cerita, dulu masa zaman beliau muda-mudi. Kebanyakan kawan-kawan beliau suruh anak-anak dorang panggil dorang either mommy or mama. Jadi aku persoalkan kepada umi. Why us, as her children should call her umi, not mama or mommy like her friends' children used to call their mother?

Jawapan umi ialah, mak tok yang suruh. Who's mak tok? Mak tok ialah grandmother/grandma/emak kepada emak/dua keturunan di atas aku. So, blame mak tok for this. Jahat gilew cucu you, mak tok, sampai nak blame-blame lagi. Panggilan umi ini berterusan sampai kepada adik aku yang ketiga. Tapi lain pulak dekat Aina, adik aku yang keempat. Dia bajet dia anak kelima dalam keluarga, anak bongsu, anak paling putih dalam keluarga aku, anak yang kononnya paling senang nak dapat apa yang dia nak. Dah, panjang berjelew condemn Aina. Okay, my youngest sister call our beloved mother, mama.

Demit. Kenapa sampai Aina je umi dipanggil mama. Serious aku jealous tahap nak condemn Aina gila-gila. Sebab dengki punya pasal, aku panggil umi, mama. Sebab jealous punya pasal, I kadang-kadang tukar panggilan umi kepada mommy. Jangan jealous yew Aina. Let us stop our condemnation towards Aina.



Emak aku ialah best friend aku yang paling rapat/baik/and so on positive words. Sebab; aku hanya cerita pasal budak yang aku suka dekat emak aku, aku easily boleh complain apa-apa yang aku nak complain depan emak aku. Emak I cool yow. Sila jealous.


Tapi macam orang lain, bila beloved mother nagging, aku takkan suka. Tapi kadang-kadang aku rasa apa yang emak aku buat tu naggingkan tu betul. Dan bila emak aku nagging, aku lebih suka untuk diam. Sebab aku tahu mak aku marah sekejap jew. Auw, SAYA SAYANG EMAK SAYA. Awesome!

So, bila ada orang yang complain tak tentu pasal emak dorang depan kawan-kawan dorang, aku rasa macam menyampah sangat. Kenapa menyampah? Sebab orang seperti mereka tidak pandai menggunakan otak untuk berfikir. Well hellow, EMAK yang bawa KITA dalam perut selama 9 bulan 10 hari, EMAK yang lahirkan KITA sampai terkoyak cervix sebab kepala KITA yang besar, EMAK yang susukan KITA waktu malam-malam buta sebab KITA menangis melalak tak tentu pasal dahlah mengganggu tidur orang, EMAK yang sanggup tak fikir kepentingan diri semata-mata kepentingan KITA. Jadi aku tak nak faham dan menyampah dan tak suka orang yang boleh condemn emak mereka di hadapan kawan-kawan tanpa segan-silu. Aku tahu korang tak macam tu. Sebab tu aku general kan ayat dengan perkataan KITA. Oh. Lupa pula, Aina lahir ikut tingkap (perut). So, dia lain satu sahaja dari kita.

Hari ini bukan hari ibu. Tapi apa kata kita jadikan hari ini hari untuk cakap Terima Kasih Emak/Thanks Mommy/Tenkiu Ibu/Syukran Umi, I sayang you. Aku pun ego, tak pernah buat benda ni except kalau dapat benda yang aku nak. Let's appreciate our mother. Kalau malu nak cakap depan-depan, tulis dekat blog sahaja. Then, text emak korang. "Mommy, please open my blog tonight. I have a surprise for you. Love, your daughter." Mesti EMAK akan terfikir-fikir, kenapa anak aku iney?

Let's appreciate our mommy.


Aku nak wajibkan Kemah dengan Jana buat entry pasal ini, okay? Korang pun boleh juga. *Aku harap ada yang membca blog aku weh T_T

No comments: